: Seorang pengurus akaun syarikat swasta berputih mata apabila ‘hilang’ RM444,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda menerusi satu aplikasi yang diberikan kepadanya Julai lepas.
Beliau berkata pengurus akaun itu kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang dipercayai berkaitan pelaburan saham, dan pada penghujung Okt, dia mula membuat pelaburan melalui aplikasi berkenaan dan memindahkan RM444,000 ke dalam tujuh akaun berbeza. Bagaimanapun apabila dia ingin mengeluarkan keuntungan itu, dia diminta untuk membuat bayaran komisen 10 peratus atau RM289,000.