PETALING JAYA: Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri , Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Pelaburan diluluskan itu bermaksud permohonan syarikat-syarikat untuk melabur di Malaysia telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ,” katanya dalam satu hantaran di media sosial. “Jika hanya sekadar menghantar MoU, permohonan itu pasti tidak akan diluluskan. Itulah sebabnya apabila ada pihak yang memperlekehkan data pelaburan diluluskan, mereka sebenarnya tidak memahami betapa rumit prosesnya.
“Jadi, jika syarikat mempunyai dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM2.5 juta atau menggaji sekurang-kurangnya 75 pekerja sepenuh masa, syarikat tersebut perlu memohon lesen pengilang terlebih dahulu,” katanya. “Kita mahu mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat. Jika majoriti pekerja tidak mahir, bagaimana Malaysia hendak maju dalam jangka panjang?” katanya.
Belgique Dernières Nouvelles, Belgique Actualités
Similar News:Vous pouvez également lire des articles d'actualité similaires à celui-ci que nous avons collectés auprès d'autres sources d'information.
La source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Lire la suite »
La source: therakyatpost - 🏆 14. / 59 Lire la suite »
La source: staronline - 🏆 4. / 75 Lire la suite »