PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan untuk memastikan aktiviti pasaran modal Malaysia kekal stabil, saksama dan teratur susulan perkembangan terkini konflik di Timur Tengah.
“Selain itu, kami mempunyai kawalan yang diperlukan untuk menangani potensi peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran ekuiti. “Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kita juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook.