KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia bagi membantu siasatan membabitkan kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian kira-kira RM7.25 juta.
Katanya, individu lain yang dikesan adalah dua kepimpinan tertinggi sebuah badan bukan kerajaan iaitu Benjamin al Sharif dan Mohd. Norizwan Ali, Mohamad Sufi Abd Razak, Muhd Firdaus Khadri dan Risman Muhd Yatim.“Kesemua mereka berusia 38 hingga 48 itu dikesan bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan Gigamax susulan sebanyak 101 laporan polis diterima melibatkan kerugian keseluruhan lebih RM7.25 juta.
Pada 13 November lalu, polis menahan 11 individu termasuk dua wanita berusia 34 hingga 59 tahun berkaitan kes terbabit menerusi Operasi Nuri- Gigamax di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang,Kelantan, Terengganu dan Melaka.