SEREMBAN: Perolehan pesawat tempur F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait oleh Tentera Udara Diraja Malaysia kini di peringkat akhir dan hanya menunggu kelulusan Amerika Syarikat sebagai negara pengeluar pesawat berkenaan.
“Jawatankuasa ini akan berbincang dan melaksanakan proses mengambil alih pesawat ini kelak. Keperluan pesawat pejuang F/A-18 Hornet ini adalah sementara menunggu Rancangan Malaysia ke-15 untuk pembelian yang baharu bagi menjalankan tugas. “Kita perlu melaksanakan penilaian yang telus, betul-betul berguna untuk penggunaan pesawat-pesawat ini di rantau ini. Bagaimanapun, keputusan akan dibuat beberapa tahun lagi,” katanya.