mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka bagi Misi Promosi Pelancongan Melaka di World Travel Market 2023 yang berlangsung di London, United Kingdom bermula Isnin lepas hingga hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ab Rauf bersama-sama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Roslan Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar. Kenyataan itu menjelaskan kempen sepanjang tahun itu akan menampilkan pelbagai acara khas, promosi dan inisiatif yang direka dan diatur untuk memikat pelancong dan pengunjung dari seluruh dunia ke Melaka.
“Kerjasama dengan agensi pelancongan dan pengendali pelancong akan membuatkan perjalanan ke negeri ini lebih mudah dan mampu milik,“ menurut kenyataan itu.