: Lawatan kerja Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selama tiga hari ke Korea Selatan yang berakhir semalam, telah memberikan nilai tambah kepada Malaysia dalam mengoptimumkan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan dalam rangkaian telekomunikasi, serta memperoleh ‘petua’ untuk meningkatkan kualiti industri perfileman negara.
Perkara tersebut dibangkitkan dalam pertemuan Fahmi dengan Menteri Sains dan ICT Republik Korea Yoo Sang-Im, yang berlangsung sempena persidangan GSMA M360 APAC 2024 di Seoul. Dalam ucapan tersebut, Fahmi menggariskan tiga tonggak utama untuk membangunkan Prasarana Digital yang diperkasakan oleh AI, iaitu pelaksanaan dasar yang berwawasan, pembangunan infrastruktur mampan, dan memupuk kemahiran di semua lapisan masyarakat.
Di Busan, Fahmi menekankan kepentingan memiliki sistem maklumat pecah panggung seperti yang digunakan di Korea, iaitu KOBIS .