MELAKA: Seorang usahawan bumiputera berjaya menembusi pasaran eksport udang harimau ke Beijing, China melalui kerjasama Beijing Xinfadi Zhangxian Network Technology Service Ltd. bermula tahun depan.
Menurutnya, menerusi perjanjian itu pihaknya akan membekalkan lebih 300 tan metrik udang harimau setiap minggu ke negara berkenaan. “Sebagai permulaan kita akan mengekspor sebanyak 300 tan metrik udang harimau segar dan mungkin akan menambah jumlah tersebut bergantung kepada permintaan daripada syarikat tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis menandatangani MoU di Ayer Keroh di sini.