Semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke sesuatu tempat.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor TikToker Kongsi Pengalaman Naik Tren ETS Tiket Business Class Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok , apabila seorang TikToker dikenali sebagai Ivor berkongsikan pengalamannya menaiki tren ETS KTM dengan pembelian tiket Business Class.
#1. Ruang Rehat Eksklusif Pertama sekali ada ruang rehat yang eksklusif di stesen KL Sentral redONE. Jelasnya ruangan itu ia berada di tingkat atas stesen KTM dengan kapasiti besar untuk penumpan berehat. Di sana juga, anda boleh menikmati beberapa minuman secara percuma jika anda datang lebih awal sebelum tren bertolak.
#2. Tempat Duduk Business Class Sejurus sampai ke tren, anda boleh mula mencari tempat duduk masing-masing mengikut info tertera di tiket. Lain daripada yang biasa, tren berkenaan mempunyai karpet. Dalam masa sama, Ivor menerima sekotak goodies berisi jus buah-buahan, earphone serta snek kacang. Wanita tersebut turut mendapat makanan yang dipesan iaitu, nasi kunyit bersama kari ayam.
Di akhir perkongsian tersebut, Ivor menjelaskan bahawa agak tidak berbaloi untuk membayar dua kali ganda untuk tiket berkenaan.
Switzerland Neuesten Nachrichten, Switzerland Schlagzeilen
Similar News:Sie können auch ähnliche Nachrichten wie diese lesen, die wir aus anderen Nachrichtenquellen gesammelt haben.
Herkunft: paultan - 🏆 22. / 51 Weiterlesen »