KUALA LUMPUR: BIMB Investment Management Berhad mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak enam peratus untuk Dana BIMB alam sekitar, sosial dan urus tadbir Sukuk bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2020.
Pengerusinya, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla berkata, pengagihan sebanyak itu dapat diberikan hasil pelaburan dan sokongan para pelabur yang berterusan dalam Dana BIMB ESG Sukuk. “Terdapat banyak dana sukuk yang kebanyakannya berdasarkan pada penilaian kredit . Kami telah membuat penilaian tambahan, iaitu skor ESG dan United Nations Global Compact yang akan menambahkan keselesaan kepada pelabur.
“Sukuk mempunyai risiko pelaburan yang lebih rendah berbanding saham,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN