PETALING JAYA: Pas memohon pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara tidak berlebihan terhadap dakwaan dan tuduhan yang dilontarkan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings .
“Pas mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISBH mengikut undang-undang yang sesuai, sama ada melibatkan aspek kepercayaan dan pegangan keagamaan, mahupun isu-isu lain seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, perbuatan jenayah dan sebagainya.
“Pas juga menyokong penuh tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang didapati bersalah, tetapi keghairahan untuk menghukum mereka tidak seharusnya memberi kesan buruk ke atas kumpulan itu secara keseluruhan, terutama sekali ahli-ahlinya yang tidak bersalah atau aspek-aspek aktiviti GISBH yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Dalam hal ini, Pas percaya sisi-sisi positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak-pihak yang mahu menangguk di air keruh,” ujarnya.
España Últimas Noticias, España Titulares
Similar News:También puedes leer noticias similares a ésta que hemos recopilado de otras fuentes de noticias.
Fuente: malaymail - 🏆 1. / 86 Leer más »