Bekas pemain negara meriahkan Vintage Night Market

대한민국 뉴스 뉴스

Bekas pemain negara meriahkan Vintage Night Market
대한민국 최근 뉴스,대한민국 헤드 라인

Semai nilai patriotik. utusanonline

Mereka ialah bekas pemain pasukan kebangsaan iaitu Malek Rahman, Mohammad Hardi Jaafar dan Azizon Abdul Kadir. Seorang lagi merupakan bekas pemain pasukan Negeri Sembilan, Mohd. Shari Mohd. Said.

Pada program berkenaan, keempat-empat legenda bola sepak tempatan itu turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika menyarung jersi kebangsaan dan pasukan masing-masing sepanjang karier profesional mereka. Perasmian program itu disempurnakan oleh Yang Dipertua, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah.Selain menyemai nilai patriotik dalam kalangan generasi muda terhadap koleksi barangan sukan vintaj, program tersebut turut menyasarkan untuk berkongsi minat dengan peniaga dan pembeli seterusnya meningkatkan pendapatan dalam industri jualan barangan terpakai atau vintaj.

 

대한민국 최근 뉴스, 대한민국 헤드 라인



Render Time: 2025-01-10 20:33:08