Elak Geely ambil alih Aston Martin, Lawrence Stroll tingkatkan pegangan saham Yew Tree Investment - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 76 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 34%
  • Publisher: 51%

Malaysia News News

Malaysia Malaysia Latest News,Malaysia Malaysia Headlines

Elak Geely ambil alih Aston Martin, Lawrence Stroll tingkatkan pegangan saham Yew Tree Investment

Zhejiang Geely Holding Group telah mengumumkan bahawa ia kini telah memperolehi sejumlah 7.6% kepentingan dalam syarikat pembuat kereta sport dari British, Aston Martin. Ini membolehkan gergasi automotif dari China yang turut memiliki Lotus, Volvo, Polestar dan pelbagai jenama lain itu menjadi pemegang saham keempat terbesar dalam Aston Martin.

Bimbang Geely akan terus membeli saham-saham dalam Aston Martin dan seterusnya menguasai terus jenama tersebut, pengerusi eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll menerusi Yew Tree investment group telah membesarkan lagi pegangan sahamnya dalam syarikat kereta sport berkenaan, laporSebelum ini Yew Tree telahpun menjadi pemegang saham terbesar dalam Aston Martin dengan pegangan sebanyak 18.3%.

Geely berjaya memperolehi saham dalam Aston Martin dengan nilai £66 juta sebelum ini selepas pembuat kereta sport British berkenaan menerbitkan stok tambahan bernilai £654 juta. Langkah itu dibuat bagi membolehkan Aston Martin membayar hutang-hutangnya dan merendahkan beban bayaran faedah yang sedang ditanggung.

Selain Geely, Aston Martin turut dimiliki oleh Saudi Public Investment Fund dengan pegangan saham 18.7% dan Mercedes-Benz dengan kepentingan 9.7%.melaporkan bahawa pemilik Geely, Li Shufu sememangnya berminat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10% lagi kepentingan bagi merapatkan lagi hubungannya dengan Aston Martin.

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY
 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Malaysia Malaysia Latest News, Malaysia Malaysia Headlines