: Seorang pengarah syarikat pembekalan makanan haiwan dan syarikatnya didenda berjumlah RM18,000 oleh Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini, kerana gagal mematuhi syarat pelabelan makanan haiwan, bulan lepas.
Leong dan syarikatnya didakwa gagal mematuhi syarat pelabelan makanan haiwan seperti ditetapkan di bawah Peraturan 2 dan Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan 2012, pada 10 pagi di Gudang E Petsome Sdn Bhd di Jalan Sungai Long, Kajang, 20 Nov. Pada hari kejadian, sepasukan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah premis mendapati, terdapat 21 item makanan haiwan berada di dalam premis tersebut.