KENYATAAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menegaskan tidak akan membenarkan lagi individu atau entiti luar menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negeri itu bagi tujuan bekerja atau menjalankan aktiviti ekonomi jelas akan mengeruhkan hubungan Sarawak dengan Semenanjung.
Jadinya saya perlu mengisytiharkan tujuan kedatangan saya bagi mendapatkan permit kerja membantu saudara berniaga. Ia akan menyukarkan urusan pekerjaan misalnya bagi yang datang sebagai doktor pakar, konsultan, penasihat, jurulatih, koordinator atau pemeriksa selama beberapa hari kerana perlu mendapatkan permit berstatus sebagai entiti luar atau rakyat bukan Sarawak dari Semenanjung ketika berada di bumi Kenyalang.
Kemungkinan juga ialah kehadiran mereka akan dikurangkan dan lama kelamaan Petronas tidak ada pililhan lain melainkan menghentikan segala operasinya yang akan diambil alih sepenuhnya oleh Petros, syarikat minyak Sarawak.Birokrasi seperti ini akan meregangkan hubungan Sarawak dengan Semenanjung yang akan ditanggapi dengan negatif antara kedua-dua pihak dan boleh melemahkan semangat Federalisme.
Portugal Últimas Notícias, Portugal Manchetes
Similar News:Você também pode ler notícias semelhantes a esta que coletamos de outras fontes de notícias.
Fonte: staronline - 🏆 4. / 75 Consulte Mais informação »