MELAKA: Penutupan anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri , Panorama Melaka Sdn. Bhd. berpunca daripada prestasi entiti itu yang tidak berdaya maju berdasarkan resolusi Pelan Melaka Maju Jaya.
Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan nasib kesemua 59 kakitangan pengurusan hingga para pemandu bas mendapat perhatian sewajarnya. “Kesemua 19 kakitangan bahagian pengurusan, pentadbiran dan sokongan akan diserapkan ke anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Perbadanan Melaka , Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad .
Tambab Ab. Rauf, seramai 40 kakitangan bahagian operasi bas dan pemandu kini sedang dalam proses temuduga dan dinilai oleh Handal Indah Sdn. Bhd. selaku pengendali baharu perkhidmatan bas henti-henti di Melaka.