PETALING JAYA: Selalunya di waktu-waktu begini, Pusat Perlancongan Malaysia pasti dibanjiri pelancong dan pelawat tempatan tetapi petang Rabu lalu suasananya berbeza.
Hazrita merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan “Art Market Malaysia” lima tahun lalu untuk dijadikan platform kepada para penggiat seni bagi membantu mereka mempamerkan karya mereka kepada orang ramai.“Di sini kami mempunyai lebih dari 100 orang artis yang menjadi ahli. Setiap tahun, kami akan mengutip yuran dari ahli-ahli dan mereka boleh menghantar hasil seni mereka kepada kami.
Perbezaannya kini, pelawat dan pelanggan boleh melihat lukisan-lukisan yang dipamerkan dari rumah mereka sendiri dengan lebih selamat. Mereka boleh melihat Hazrita secara langsung setiap hari di media sosial “Art Market Malaysia”.“Sekiranya ada pelanggan yang ingin membeli lukisan-lukisan ini, kita akan mengatur temujanji terlebih dahulu,” terangnya.
“Kami juga mempunyai seorang artis bernama Liz Ariffin yang melukis menggunakan jari. Dia berjinak-jinak di dalam seni lukis pada 2018 selepas didiagnose kanser ovari. Melukis menggunakan jari adalah satu terapi buat Liz,” katanya. “Jika kita pergi ke negara barat, kita harus membayar untuk masuk ke galeri dan orang-orang di sana tiada masalah, galeri mereka tetap ramai pengunjung. Di Malaysia, galeri seni kita adalah percuma tetapi untuk melihat orang masuk memang susah. Saya pernah membuat satu pameran di Australia dan dalam hanya lima hari, kami berjaya menjual lima lukisan. Di Malaysia, untuk menjual lima lukisan, kami mengambil masa lima bulan,” jelasnya.
United States United States Latest News, United States United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »