: Kerajaan Negeri Sembilan akan meneliti kesan industri penternakan kupang di Port Dickson berikutan kes pencemaran biotoksin sebelum mengambil langkah sewajarnya bagi membantu nelayan dan pengusaha yang terjejas.
“Industri kupang di negeri ini tidak besar mana hanya industri hiliran daripada nelayan untuk tambah pendapatan. Tetapi walaupun bilangannya tidak ramai, kita mahu lihat kesan perkara ini kepada nelayan pantai dan akan ambil langkah seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mantai Rayo 2024 di sini hari ini.
Agensi Makanan Singapura dilaporkan telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pengimport untuk mengesahkan sumber import kupang mereka dan memastikan ia tidak diimport dari kawasan berkenaan.