DASAR kerajaan secara tidak langsung akan memberikan impak kepada pertumbuhan pasaran dan industri di dalam negara.
Katanya, antaranya adalah dasar kerajaan yang menyasarkan peningkatan pendapatan rakyat terutamanya pelaksanaan gaji minimum kepada RM1,700 pada tahun ini dan aliran pelaburan asing yang tinggi. Mengulas mengenai kesan cukai gula dan rasionalisasi subsidi RON95, beliau berkata, perkara tersebut tidak akan memberikan kesan kesan yang ketara.
Sementara itu, penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pengenalan subsidi bersasar RON95 pada pertengahan tahun ini dijangka akan memberikan kesan kepada kuasa guna rakyat Malaysia. Beliau berkata, industri hartanah negara pada 2024 terus mencatatkan prestasi yang positif kerana disokong oleh permintaan yang rancak dan pelancaran projek-projek baharu.