MASALAH rasuah dalam bidang sukan bukan baharu di Malaysia. Ia sudah menular sejak sekian lama dan jika dibiarkan berlarutan boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan negara.
Industri sukan negara boleh terencat sekiranya masalah itu tidak dibanteras sepenuhnya. Rasuah dalam sukan bukan hanya berkaitan dengan perolehan dana persatuan dan menggunakan jawatan untuk mendapat suapan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mendefinisikan suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah mahupun pemberian diskaun. Pemerhati Rasuah Malaysia berpendapat bahawa isu rasuah dalam sukan di Malaysia masih berada pada tahap terkawal.
เราได้สรุปข่าวนี้มาให้อ่านอย่างรวดเร็ว หากสนใจข่าว สามารถอ่านฉบับเต็มได้ที่นี่ อ่านเพิ่มเติม: